Wednesday 31 July 2013

♥ M¥ $!$+€r , c0u$!n @nd m€ ♥

Kami x lah secantik rakan2 di sana... kami hanya insan biasa... ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH.. puasa penuh..

ALHAMDULILLAH.. saya puasa penuh sehingga hari ini...Haha.. ok, tukar topic... dlm masa bulan puasa ni, macam2 dugaan yang saya lalui... tpi, ALLAH itukn maha adil... Dia x akan memberikan dugaan yang berat kpd hmbanye sbb, Dia sahaja yang thu adakah kita ini mempunyai kekuatan iman yang tinggi atau sederhana... Dia x akn beri dugaan yang susah kpd hmbanya yang lemah.. hah... dlm bulan yang mulia ni la kita kena buat bnyk amal ibadah kpd ALLAH untuk memantapkan iman kita... harap rakan2 lain dapat memahami ape yang hendak sye smpaikan... haha.. mcm ceramah free plak.. haha jkjk.. ilmu, mne bleh kedekut.... ;)

Sunday 21 July 2013

13 PeRkaRA wAnITA MusLIm PeRlU JAgA... ;)

1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – petikan dari Surah An-Nur, ayat 31.

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur pada zaman jahiliyah.

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal. Kata orang sekarang "hidung belang" – petikan dari hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – petikan dari surah An-Nur, ayat 31.

5. Gigi

Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – petikan dari hadis riwayat At-Thabrani. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – petikan dari hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahiliah yang dahulu.

Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliah.

7. Muka dan Tangan

Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – petikan dari hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – petikan dari hadis riwayat At-Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – petikan dari surah An-Nur, ayat 31.

Sabda Nabi Muhammad SAW: Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan, hukumnya haram – petikan dari hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – petikan dari surah Al-Ahzab, ayat 32.

Sabda Nabi Muhammad SAW: Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – petikan dari hadis riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – petikan dari surah An-Nur, ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – hadis riwayat Al-Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – petikan dari hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – petikan dari hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari surah Al-Ahzab, ayat 59 bermaksud: Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya – petikan dari hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – petikan dari hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Monday 15 July 2013

SELAMAT BERPUASA...

Di sini, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH sekalian... hurm... dah 6 hari kite berpuase, harap kepada kaum muslimin, sentiasa penuh puasenye ye... yang muslimat pula, klu ABC, janganlupe nk ganti puase ye.... klu x ganti, nnti dikena kan fidyah... hurm.. nk thu maksud fidyah?? Search google.. ;).. itu je lah yang saya nk kasi thu... hehe... n jangan lupe buat solat terawih walaupun ianya sunat... tpi, ganjarannye besar... lagi2 bulan yang mulia ini.....

Sunday 23 June 2013

Kehidupan...

Assalamualaikum, ALHAMDULILLAH... akhirnya, abg kedua saya pergi juga ke IKM.. saya sentiasa berdoa agar abg2 kakak n adek2 saya berjaya dunia dan akhirat dan juga saya... setiap ibu bapa ingin anak2nya berjaya bkn?? Jadi, kita sebagai anaknya ingin melihat kegembiraan ibu bapa, dengan itu, berjanjilah dgn diri kamu sendiri bahawa kamu akan belajar bersungguh2... rajin melakukn amal2 ibadah agar sentiasa dirahmati dan berjaya di dunia dan akhirat.... AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Sunday 2 June 2013

About crush...or.. Orang yang kite suka...

assalamualaikum... hurm.. dah lame x on blog...  hri nie nk cerita pasal... crush nk x??? haha... gurau je, saya mana ade crush... dalam hidup saya tak ada istilah crush... crush tu perkataan zaman moden,dulu orang sebut suka... sebelum-sebelum nie pon, saya mna thu mksud crush tu.. bile kawan saya kata crush aq la, crush engkau la.. saya pon ingt diorang tu pasangan kekasih.. la.. rupa2nya, crush tu suka... saya pon tgok la sape diorang2 punye crush.. la, macam Cristiano Ronaldo pon ade kau... haha... tpi tu la.. nk suka x salah.. cuma, jangan nk mengada2 nk menggatal... haha.. no no, i'm just joke.. tpi untuk pengetahuan awak semua yang bce blog nie, walaupun saya thu sorang je yang akan bce blog nie.. hehe.. kalau nk suka seseorang tu biarlah suka sikit2.. jangan banyak... kot2 la masa yang korang suke tu die blom berpunya.. lepas seminggu tiba2, tengok die dah selalu rapat ngan sorang awek... hurm.. klu kita sukakan orang tu,mesti sakit hati bile tgok die berdua duaan kan??? hah!!.. nasihat saya di sini.. nk suka jgnlah lebih2.. sebab, orang perempuan, bile sekali dah suke mereka x kan bleh lupe... btol x kaum hawa?? :)